Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam adalah teladan bagi setiap Muslim dalam segala hal. Setiap hari selama 24 jam beliau menjaga hubungan baik dengan Allah mahupun dengan sesama manusia secara beradab dan beretika. Beliau sentiasa menunaikan seluruh kewajibannya sama ada kepada Pencipta mahupun terhadap sesama makhluk.
Melalui keteladanan Rasulullah, Islam telah pun mengajarkan adab-adab sama ada di dalam persoalan ibadah (terhadap Allah) mahu pun mu'amalah (hubungan di antara sesama manusia atau dengan makhluk lainnya). Ini menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan rahmatan lil 'alamin, iaitu rahmat bagi semesta alam di mana Islam sentiasa menjaga etika dalam apa jua keadaannya. Bertepatan dengan judulnya, buku ini mempersembahkan bagaimana bentuk-bentuk adab seseorang muslim dengan secara lengkap dan terperinci di dalam setiap keadaan. Sama ada ketika tidur mahupun jaga, ketika makan mahupun berpuasa, ketika mandi mahupun buang hajat, ketika di bilik tidur atau di tempat kerja, ketika bersama isteri mahupun orang ramai, terhadap anak-anak mahupun ibu bapa, terhadap Rabb mahupun makhluk, ketika di dalam masjid mahupun di pasar, ketika berperang mahupun berdamai, serta lainnya dari sekecil-kecil permasalahan sampailah kepada yang rumit seperti kepolitikan, pentadbiran, peperangan, hubungan damai dan antara negara.
Kehebatan dan kelebihan buku ini adalah dengan pembawaan hujjah dan penjelasannya yang sentiasa bersandarkan kepada dalil-dalil al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih, ditambah lagi dengan sub-perbahasannya berdasarkan kepada abjad, iaitu berdasarkan urutan huruf hijaiyyah dan para pembaca boleh dengan mudah melakukan pencarian dan penelitian.

Download : Ensiklopedi Adab Islam Jilid 1.pdf
Download : Ensiklopedi Adab Islam Jilid 2.pdf
Pesan Buku : atsar.ilmusunnah.com